Nenek.

Tok Mok meninggal masa aku form 1.
Atuk meninggal masa aku form 2.
Ya Allah rindunye kat arwah. :'(
Al-Fatihah.

Aku ingat lagi, dulu Tok Mok suka jerit panggil nama aku petang2 dekat nak maghrib. Sampai rumah aku dengar dia jerit, bukan setakat rumah aku je, rumah orang lain pon boleh dengar. Dulu, Tok Mok yang jaga aku masa aku kecik. Kalau malam2 aku datang rumah Tok Mok mesti Tok Mok suruh aku urut kaki dia. Ingat lagi time tu kiteorang satu family tengok cerita Natasha sama sama. *sebak* Kalau Tok Mok ada lagi sekarang mesti dia bangga tengok cucu cucu nya masuk U. Hmm :'(

Aku ingat lagi, masa tu aku darjah 3. Biasalah budak darjah 3 kan masih degil kan, time tu atuk tengah jahit sulaman yang dia selalu buat. Aku pon main main dgn adik adik aku sambil mengulum keychain kat mulut. Sekali aku tertelan keychain tu. Atuk yang kelam kabut belikan mee kat kedai depan suruh aku makan biar keluar keychain tu through tinja. Tapi aku taktahu lah dah keluar ke belum. Atuk jugak yang letakkan ubat kat kaki aku dulu. Hmm rindunyeee.

Al Fatihah untuk kedua arwah Tok Mok dgn Atuk aku, Hjh. Katariah binti Sapuan dan Hjh. Turiah binti Hj. Salikin.

:'(