Atok

Semalam aku demam. Sakit kepala yang amat sangat macam nak tanggalkan kepala je rasa. Tekak sakit. Badan sakit. K off.

Ermm semalam mimpi atok. Masa tu aku taktau lah dari mana nak ke mana tapi dengan Nanee, Faa, Jack dengan Daha. Then lalu jambatan yang nak pergi Kota Tinggi tu. Masa lalu kat situ air sungai tu sampai atas jalan. Ya Allah takut gila. Masa tu aku taktau lagi arah mana yang diaorang nak pergi. Lepas jambatan terus nampak taman perumahan. Aku pelik jugak kenapa pergi taman tu kan. Then Daha tunjuk kat sighboard yang tertera nama "Adibah Nurina". Aku pelik, diaorang kenal sepupu aku ke? Aku tak tanya diaorang. Jack terus parking kereta kat depan rumah tu. Sejak bila Dibah duduk situ pon aku taktau. Pada aku rumah yg lama lagi besar dari yg tu. Dah sampai tapi semua orang masih duduk dalam kereta mendiamkan diri. Then aku turun dulu sebab tak tahan panas dalam kereta sebab enjin dah mati. Aku bagi salam. Lamaaaaaaaaa..... Lama sangat pintu tu nak bukak. Tapi aku dengar tapak kaki orang berjalan sebab tu rumah kayu. Lamaa....... At last bukak jugak pintu tu. Tapi aku terkejut sebab yang bukak pintu tu Atok. Atok nampak cantik sangat time tu. Macam masa dia muda. Badannya masih punya isi. Tudung yang di pakai pon cantik je. Atok pakai serba biru dari tudung sampai kain. Atok nampak cantik. Cantik sangat. Aku terkesima time tu sebab dalam kepala aku dok cakap "atok? Bukan ke atok dah takde?" Tapi soalan tu tak keluar pon dari mulut aku. Aku nampak atok terus aku salam peluk cium dia. Tapi dia diam je tak cakap apa apa. Lepas aku salam atok, aku nampak Cik Imah. Cik Imah terus cakap "tu Dibah ada malu nak keluar". Hmm tetiba Nanee, Faa, Jack dengan Daha hilang. And atok pon terus hilang time tu. Tak tau mana pergi. Aku tanya Cik Imah tapi dia cuma bagi aku satu renungan dan tanda soal "atok?".

Mana atok? Hmm aku rindu. Nisa cakap kalau kita mimpi orang tu tak bercakap maknanya tu bukan syaitan. Al fatihah untuk atok, Hjh. Turiah binti Hj. Salikin.