Nak tau apa aku suka?

Aku suka bila aku tengah jemur kain kat depan bilik guna ampai Saput ada orang tegur dari jauh. Eh tak kisah lah dekat ke jauh asalkan tegur. Rasa macam duduk kat rumah flat lepas tu jiran-jiran tegur. 

"Basuh kain ke kak?"

"Banyak basuh baju hari ni?"

"Rajinnya basuh baju."

Semua teguran tu diikuti dengan senyuman dan gurauan. Best kannnnn? Rasa macam duduk kat rumah yg dikelilingi jiran-jiran yg prihatin. Yelah aku kan duduk aras 3 yang sebenarnya aras 4 kalau kat rumah flat. Cehh. Haaa lepas tu bilik aku yg paling hujung. Jiran dari atas dan bawah tegur. Hahaha tak payah nak jiran sangat. Jemur baju sambil berangan ada rumah sendiri. Hahaha. Aku suka kondo! 

Bila dah habis jemur baju baru sedar yg tu semua berangan dan bukan realiti. Masuk bilik lagi lah terus hilang feeling-feeling macam duduk rumah flat tu. Hahaha.