Cerita raya Jiha

So.....

Raya aku tahun ni paling best paling seronok paling happy paling bermakna *ulang balik dari awal*

Sebab....

Erm aku pun taktau kenapa paling best paling seronok paling happy paling bermakna. Raya pertama kat rumah, pagi tu masak-masak and then takde orang datang pun. Start tengah hari haa orang mula datang slow slow. Sampai petang orang tak berhenti datang. Lepastu dalam jam 5 petang baru keluar beraya pergi rumah Tok Ngah. Tu pun satu rumah je. Balik rumah terus family Wak Abu sampai. And then malam tu family Zafran. Family Cik Imah.

Raya kedua. Hujan lebat sangat pagi tu. Seronok ah kan tidur. Kiteorang siap-siap terus pergi beraya rumah jiran-jiran. Sebelum tu ambik-ambik gambar dulu depan rumah. Hujan rintik-rintik turun terus gerak gi rumah jiran. Lepas tiga rumah kiteorang pun balik rumah aku balik. Lepastu pak ahh ramai gila orang. Dari beraya rumah jiran tu terus ramai tetamu datang. Kiteorang pun tak masuk rumah lagi. Bila aku masuk rumah, tetamu siap dah makan kuih raya haa. Hahaha.

And then siap-siap makan tengah hari apa yang patut. Oh raya kedua rumah aku sediakan laksa Johor dengan nasi dan lauk kampung. Raya pertama sediakan burasak dengan lepat luweh lauk asam pedas ikan parang. Menu kedua lontong.

Raya kedua abah ada event so sehari tu abah takde kat rumah. Alhamdulillah tetamu yang datang tu kan bawak rezeki orang kata, ramainya Subhanallah. Dari tengah hari sampai ke malam tak putus-putus orang yang datang sampai rumah tu takde space nak lalu. Dari depan sampai ke belakang haa penuh dengan manusia. Raya kedua aku duduk rumah je sebab tetamu ramai sangat kan. Tiap-tiap tahun pun memang raya kedua tu dah macam open house kat rumah aku. Best! Layan tetamu memang best. Lepastu petang tu family Wak Salmi datang. Dia punya rindu dengan Qistina tu jangan cakap ah. Dia masuk rumah je aku terus carik dia. And dia pun terus peluk aku. Lama nya tak jumpaaaaaaaa! Peluk macam kawan lama yg dah lama tak jumpa. Eceh. Haha padahal Qistina baru 6 tahun. Tapi dia peluk aku tu dah macam best friend forever haa. Selalu dia datang aku boleh lagi dukung dia tapi kali ni macam nak patah gak ah pinggang. Terus dia ajak aku masuk bilik. Dia cerita macam-macam. Yelah dah lama tak jumpa kan. Lepastu dia tanya 'acik jiha ada al quran tak?' then aku ajak ah dia masuk bilik aku. Bagi dia quran, lepastu dia cakap 'qiqis sekarang dah baca sampai iqra 3' aku pun teruja lah. Tu yang aku bagi dia quran. Aku bukak surah alfatihah. Dia baca laju dah yelah sebab alfatihah mesti dah hafal. Dia selak sebelah pulak, surah al baqarah. Slow tapi boleh lah kira dah reti baca quran lah kan. Daebak lah Qistina. Sambil dia baca sambil aku kacau dia. Sambil cakap 'ishhh kenapa awak cantik sangat ni Qistinaaaaa' *sambil cubit pipi dia yg tembam* ulang-ulang benda sama je aku cakap bila dengan dia.

Raya ketiga pagi tu terus gerak gi Pasir Gudang rumah Zawir. Sebab jam 3 ada family day belah arwah Atok Jani. Sepupu duapupu semua kumpul. Time tu pun best. Before start, aku sempat pergi rumah Mareena, one of the KAMI geng. Dekat je rumah dia dengan rumah Zafran. So apa salahnya pergi beraya kan. Lagipun tak pernah jumpa dia lagi lepas 3 tahun kawan kat facebook. Lama jugak ah kat rumah Mareena. Dia siap masakkan soto eah. Sedap pulak tu. Serious tak tipu! Dia kata first time bagi orang lan makan. Hiks terharu iols. Kenyang gila weh time tu. Yelah sebab before pergi rumah Mareena dah makan dah. Lepastu sampai rumah dia, makan lagi. Aku bawak lah Zaim, Iman, Dibah dengan Zafran untuk teman aku.

Dari rumah Mareena terus balik rumah Zafran sebab jam 3 tu ada tahlil. Haa time tu pun serious penat. Family ramai kan, so kira aku pun as tuan rumah lah even tu bukan rumah aku tapi kira macam rumah jugak lah sebab selalu pergi situ. Sediakan makanan apa semua. Family kiteorang tema hitam. Tahu lah kalau pakai hitam dia punya panas tu macam mana kan. Ke hulu ke hilir buat air apa semua. Best ah time tu. Tapi serious penat. Majlis selesai dalam jam 10 ke 9 malam camtu. Ke jam 11, entah tak sure. Lepastu whatsapp Faa. Saje lepas beban kat dia. Haha. Lepastu video call dengan Faa. Dah serupa orang gaji rupa aku time tu. Hahaha. Siap dengan pakai dia punya tudung pulak. Haha. Maaf Faa.

Haishhh. Aku rindu dak Farahin sebenarnya. Kadang macam nak nangis rindu nya tu. Bukan macam tapi memang dah pun. Yelah dia yang paling jauh. Nanee boleh dikatakan selalu jugak jumpa. Hmmm. Faa tu jauh sangat ahh. Ipoh sana.

Okay. Next raya ke empat. Raya ke empat pagi tu dalam jam 11 balik rumah sebab mak ada reunion jam 2. Tu pun before gi reunion ada tetamu belah mak datang. Ramai gak ahhh. Lima kereta. Dengan budak-budak nya lagi. Haha. Dah siap-siap dah tu nak pergi. Lepas tetamu balik je terus tutup pintu gi reunion mak kat SMB. Haa yang tu lama. Serious lama. Dari jam 3 sampai 6 petang haa. Lepastu bosan dok tahu nak buat apa. So jalan-jalan ah dengan Iman Zaim pusing sekolah. Serious ahh sekolah aku dah cantik lah siakkk. Oh btw SMB tu sekolah mak, aku, Iman dan Zaim. Kira membesar kat sekolah tu lah. Dah cantik woi! Ambik gambar sikit lepastu gi tempat kumpul balik. Sambil berangan cemane lah kalau aku reunion nanti. Bestnyaaaa. Hmm k.

Lepas reunion mak, balik rumah ambik abah terus gerak JB balik. Peri rumah tok Ami, lepastu open house kat rumah Cik Odin. Pak ahh aku dah lama kot tak makan kambing. Serious sedap dia punya kambing. Sebelum tu open house rumah tok Ami makan bakso dengan nasi ayam penyet pure Indon punya. Memang sedap gila kate ko! Full weh time tu. Tapi aku dulik apa. Hahaha. Makan je ah. Malam tu tidur rumah cik Imah.

Raya ke lima stay kat rumah cik Imah sampai petang. Sebab kat rumah dia ada tetamu. So takley nak gerak awal lah. Qistina dah balik dah. :( baru kejap dah rindu gilankat Qistina. Sebab malam tu dia takley tidur. Mama papa dia dah tidur dah. So aku teman dia tengok tv dengan Zafran. Ingat nak tolong cik Imah dengan Dibah kat dapur, tapi kesian Qistina sebab dia tak tidur lagi. Dah jam 1 pagi time tu. Dia nak tengok cerita hantu kat astro ria apa tah tajuk nya. So aku layankan je dia. Tetiba dia cakap dia nak susu. Aigoo. Mana nak tahu kan sukatan dia berapa apa semua. Aku tanya dia 'qis tahu tak selalu mama buat letak berapa sudu' lepastu dia jawab 'alaa qis pun lupa nak ingat mama letak berapa sudu'. Sumpah comel woi! Eee geram gila! Of course ah aku cium pipi dia banyak kali! Dah lah wangi, cantik pulak tu. Peramah pun ye jugak. Boleh bayangkan tak? Haaaa.

Lepas berapa lama tu baru Qistina tidur. Lepas dia tidur aku pun masuk bilik nak tidur. Tapi taktau pulak aku Qistina bangun balik tengok tv sampai kul 3 pagi. Omg that little girl.... Oh before tidur tu dia cakap dengan aku 'acik kak jiha nanti kalau qis dah tidur acik kak jiha angkat qis kat sofa tu eah' aku pun ye kan jelah. Tapi aku tak larat nak angkat so aku biar je dia tidur depan tv dengan Zafran.

Raya ke enam hmm dah balik rumah sendiri. Acah acah kemas nak balik Segamat. Kah! Padahal tak balik pun. Hantar Iman je.

Ambik MC sehari. Sebab malas nak balik awal. Kah!

Dan sekarang aku ada kat Segamat....

Hmmm teringat cerita-cerita masa raya. Tak puas lagi raya. :(

Okay tamat dah cerita raya saya. Cerita anda bagaimana?

Puih bajet ada orang baca.

Okbye esol kelas kul 8. Bye