Kuat lah wahai hati

Kuat lah wahai hati
Jangan menangis kerana sesuatu
yang telah terjadi
Hari esok masih ada
untuk kau ubati
Kuat lah wahai hati
Andai itu takdirNya
terima dengan rela hati
Tiada siapa yang rugi
Kuat lah wahai hati
Cerita semalam tidak
perlu diulangi
Jangan engkau ragui
dengan apa yang bakal terjadi