Allah Knows


Setiap apa yang kita lakukan walau sekecil zarah sekalipun, Allah tahu segalanya. Kita cuba untuk sembunyi macam mana pun Allah tetap tahu. Sebab tu kita kena ingat setiap kali nak buat sesuatu kita mesti ingat Allah. Contoh macam kita nak buat something not good, cepat-cepatlah kita ingat Allah. Confirm tak jadi punya nak buat. 

Aku pernah terbaca kat magazine, tak ingatlah mag apa, kat situ ada cakap 

"Kalau kita buat baik, itu semua bisikan daripada Allah. Kalau kita buat jahat, itu semua bisikan daripada syaitan." 

Yes, nobody perfect. Sama lah macam aku. Sebab tuh aku ingat benda ni. Aku cuba untuk jadi yang lebih baik. Entah aku cakap pada siapa tah pasal nih, dia macam ye ye je aku nih cakap nak bajet alim. Tidak. Aku bukan nak bajet alim. Sesungguhnya tidak sama sekali. Aku share apa yang aku tahu. Aku cakap apa yang aku tahu. Kita kan orang Islam, perlu saling tegur-menegur kalau kawan kita ada buat something yang tak elok. Aku bukan nak orang cakap aku nih boleh jadi ustazah or whatever tapi as long as kita nih orang Islam why not kita share something yang kita tahu kan. Mintak lah seberapa banyak kat Allah. Allah pasti akan mengabulkannya as long as kita ikut perintahNya. 

"Bacalah Al-Quran, kerana pada hari Kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya" (H.R. Muslim)