Lapar.

*Jam 3 pagi, 21 Mac 2012*

Time tu, serious aku rasa lapar yang teramat sangat. Dan aku baru teringat yang aku tak jamah sesuap nasi pon pada siang harinya. Dengan keadaan cuaca yang panas walaupun di malam hari, membuatkan aku bertambah lapar.

"Laparnyeee....." *sambil jalan menuju ke locker*

"Jiha nak pergi mana?" kata seniorku.

"Ambik biskut." jawabku.

"Nak pergi mana?" tanyanya lagi.

"Ambik biskut kat locker." jawapanku masih sama.

*Dia menyuruh Nisa mengambilkan kotak yang sedia ada di atas meja*

"Alaaa kenapa ada semut?" katanya dengan nada sedih.

*Lalu aku duduk berhadapan dengan dia*

"Jiha lapar eahh?" tanyanya lagi dengan suara yang lembut.

"Haah. Satu hari ni tak makan apa apa lagi. Baru perasan haha."

*Dia hanya diam sambil mengomel kerana keberadaan semut yang banyak dalam kotak Dominos itu.*

"Nahhh!" katanya sambil menghulurkan sepotong pizza.

"Nisa nak ambiklah." katanya kepada Nisa.

Nisa hanya menggeleng.

"Cuba tengok ada semut lagi tak?" tanyanya lagi.

Tanpa mempedulikan semut semut itu, aku mengunyah dengan rakus sekali. (tak tak, tak rakus pon)

Nisa memandang ke arah aku. Mungkin dia hairan melihatkan keadaan aku pada waktu itu. Satu suap, dua suap, tiga suap dan empat suap aku masih mengunyah pizza yang sama. Lalu aku mengalihkan pandanganku ke arah Nisa.

"Nak rasa?" tanyaku.

*Dengan sekejap pizza itu telah pon berada di mulut Nisa.* (cehh lapar jugak rupanya dia ni)

Aku meneruskan kunyahanku sehinggalah ke kunyahan terakhir.

*Burp*

"Alhamdulillah kenyang." kataku di dalam hati.

Selepas itu, aku dan Nisa naik ke katil untuk beradu.

"Terima kasih Kak Fina." kataku kepada dia.

"Sama sama." jawabnya ringkas lalu meneruskan pembelajaran yang terberhenti dek kerana memberi aku sepotong pizza.


Di kesempatan ini, jutaan terima kasih di ucapkan untuk Nur Hatfina Izni Akmal kerana sudi memberi sepotong pizza kepadaku sewaktu semua orang sudah bermimpi hingga ke mana mana. Terima kasih banyak banyak. :-)

Sampai bila bila aku ingat benda ni. Thank you Kak Fina. :-*